Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kajian Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu 2030 sejajar dengan agenda nasional. Inisiatif ini melambangkan manifestasi Kerajaan Negeri Terengganu ke arah Negeri Pintar sebagaimana saranan YAB Menteri Besar Terengganu di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 1 Tahun 2023 pada 11 April 2023.
Blueprint ini akan dijadikan rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi-agensi Negeri/Persekutuan dan pihak-pihak berkepentingan (Stakeholders) dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik, realistik, mengikut kemampuan dan memfokuskan kepada kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, satu (1) soal selidik dijalankan bermula 26 Oktober 2023 sehingga 16 November 2023 bagi mendapatkan pandangan awal terhadap Agenda Bandar Pintar Negeri Terengganu. Semua pihak dijemput untuk memberikan pandangan dan maklum balas secara atas talian melalui Imbasan Kod QR ataupun pautan di bawah: